Atlus telah mengumumkan yang Soul Hackers 2 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada 26 Ogos 2022. Walaupun ia adalah permainan kelima di dalam siri Devil Summoner, akan tetapi ia boleh dikatakan sebagai permainan susulan untuk Soul Hackers yang pertama.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Di dalam Soul Hackers 2 peperangan di antara Yatagarasu dan Phantom Society iaitu dua puak Devil Summoners sedang berlaku. Penceritaan akan mengikuti kisah dua Aion iaitu Ringo dan Figue untuk menghalang sesuatu yang boleh membawa kiamat.

Soul Hackers 2 adalah permainan RPG mengikut turutan dan banyak menyertakan elemen daripada permainan-permainan lain di dalam siri Shin Megami Tensei seperti Persona. Antaranya adalah ‘All-out-attack’ dan perhubungan dengan pasukan.

Sohor Kini