Bethesda minggu ini telah mengumumkan perancangan untuk kandungan-kandungan baharu yang akan tiba di dalam Fallout 76 iaitu permainan dalam talian mereka yang dilancarkan sejak tahun 2018. Kandungan-kandungan baharu ini akan tiba secara berperingkat untuk empat suku bagi tahun ini.

Bagi suku kedua, akan menyertakan Public Events baharu iaitu Invaders from Beyond. Selain itu, ia juga adalah pelacaran untuk kandungan musim ke-8 iaitu A Better Life Underground.

Untuk suku ketiga, Public Events baharu adalah Test Your Metal di mana pemain akan bertempur dengan pelbagai robot di dalam arena. Selain itu, ia juga akan menyertakan naik taraf untuk scoreboard bagi pelanggan Fallout 1st. Musim ke-9 juga akan bermula.

Suku keempat, Fallout 76 akan menerima misi baharu iaitu Expeditions: The Pitt yang akan membawa pemain ke Pittsburgh. Musim ke-10 juga akan bermula pada suku ini.

Suku terakhir, sekitar akhir tahun ini sehingga awal tahun hadapan, akan membawa Public Events baharu termasuk juga Nuka World on Tour dan juga bermulanya musim ke-11.

Fallout 76 telah pun dilancarkan pada 2018 lepas di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Anda boleh baca ulasan kami untuk permainan ini semasa pelancaran; Ulasan Fallout 76 – Permainan Yang Rosak Dengan Kandungan Kosong Dan Membosankan.

Sohor Kini