Capcom selain mengumumkan yang Street Fighter 6 sedang dibangunkan, mereka juga telah mengumumkan Capcom Fighting Collection iatiu koleksi 10 permainan perlawanan klasik oleh mereka. Ia akan tiba pada 24 Jun 2022 untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

10 permainan yang disertakan adalah seperti berikut;

  • Hyper Street Fighter II – The Anniversary Edition
  • Super Gem Fighter Minimix
  • Super Puzzle Fighter II Turbo
  • Cyberbots -Fullmetal Madness-
  • Red Earth
  • Darkstalkers -The Night Warriors-
  • Night Warriors – Darkstalkers’ Revenge
  • Vampire Savior -The Lord Vampire-
  • Vampire Hunter 2 -Darkstalkers’ Revenge-
  • Vampire Savior 2 -The Lord of Vampire-

Selain menawarkan semula permainan-permainan klasik, kesemua permainan di dalam koleksi ini menyokong mod dalam talian seperti Casual Matches, Ranked Matches, dan Custom Matches. Ia juga menyertakan fungsi-fungsi lain seperti Training Mode, Fighter Awards, Display Filters, Pengubahsuaian Butang, Tahap Kesukaran dan Save dan Load pada bila-bila masa.

Koleksi ini boleh didapatkan secara kendiri ataupun bersama dengan Street Fighter 30th Anniversary Collection yang dikeluarkan beberapa tahun yang lepas melalui berkas Capcom Fighting.

Sohor Kini