Tom Clancy’s Rainbow Six Siege telah disahkan akan terus menerima kandungan baharu untuk tahun ke-7 bagi permainan tersebut. Minggu ini, Ubisoft telah berkongsi kandungan yang akan tiba pada musim pertama untuk tahun baharu ini.
Anda boleh tonton video pengenalan untuk Demon Veil iaitu judul yang digunakan bagi musim ini.
Di dalam Demon Veil, pemain akan diperkenalkan kepada Azami iaitu operator baharu yang merupakan kelas Defender. Azami mempunyai gajet Kiba Barrier iaitu satu kanister yang boleh diguna untuk menghasilkan pelindung yang segera. Azami juga boleh membaiki lubang-lubang di dinding ataupun lantai.
Azami mempunyai kelajuan serta nyawa yang sederhana, dan menggunakan 9X19SVN ataupun ACS12 sebagai senjata utama dan D-50 sebagai senjata kedua.
Selain operator baharu, musim ini juga akan memperkenalkan peta baharu iaitu Emerald Plains yang akan berlatar tempat di Ireland.
Bagi perubahan untuk bentuk permainan pula, pemain kini boleh melakukan ‘Attacker Repick’ di mana semasa Fasa Persedian, Attacker boleh memilih Operator dan juga loadout yang berlainan. Mod Team Deathmatch juga kini akan disertakan secara tetap.
Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.