Capcom hari ini telah mengumumkan yang Street Fighter 6 sedang dibangunkan dan maklumat lanjut mengenai permainan tersebut akan dikongsi pada suku ketiga tahun ini, dengan jangkaan tarikh pelancaran beberapa tahun lagi.

Anda boleh tonton treler acah pertama untuknya di bawah.

Street Fighter yang terkini iaitu Street Fighter 5 sudah dikeluarkan sejak tahun 2016 lagi dengan kandungan baharu tiba sehingga tahun lepas. Ia juga telah menerima beberapa edisi seperti Arcade Edition dan Champion Edition.

Sohor Kini