Pada tahun lepas, Ubisoft telah mengumumkan pelbagai kandungan tambahan akan tiba paska-pelancaran untuk Rainbow Six Extraction, antaranya adalah Crisis Event yang akan mempunyai tema tersendiri.

Crisis Event pertama adalah Spillover, yang akan memerlukan pemain untuk melawan dengan gelombang Archaeans menggunakan pelbagai peralatan yang disediakan.

Anda boleh tonton video pengumuman untuknya di bawah.

Bersama dengna acara ini, Operator baharu juga disertakan iaitu Zofia yang mempunyai kemahiran ketahanan hidup yang tinggi. Dia boleh membawa barangan tambahan dan menggunakan Grenade Launcher.

Tom Clancy’s Rainbow Six Extraction sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini