Pembangun Pokemon Go iaitu Niantic telah mengumumkan kerjasama bersama dengan Sony untuk membangunkan teknologi audio secara realiti terimbuh ataupun Augmented Reality (AR). Kerjasama ini pada awalnya akan memfokuskan kepada permainan AR Niantic iaitu Ingress.

Melaluinya, ia akan menawarkan pengalaman audio yang lebih mendalam, dengan menggunakan fon telinga terbaru dari Sony iaitu LinkBuds yang baru sahaja diumumkan pada minggu lepas. Buat masa ini tidak disahkan lagi jika ia akan dikembangkan kepada lebih banyak permainan ataupun sama ada ia akan menyokong fon telinga yang lain.

Sementara itu, anda boleh tonton video pengenalan untuk kerjasama ini di bawah.

Sohor Kini