Steamline Media Group merupakan studio permainan video antarabangsa yang telah menjadikan Malaysia sebagai rumah utama mereka. Terdapat beberapa studio di bawah mereka seperti Streamline Studios, Streamline Games, All Pixels, Day Zero dan Streamframe yang kesemuanya adalah studio di Malaysia.

Di dalam usaha mereka untuk mengembangkan lagi penawaran Streamline di dalam industri permainan video mereka telah melakukan dua pelantikan baharu iaitu Stefan Baier yang akan menjadi Naib Presiden Eksekutif Penerbitan dan Neil Haldar sebagai Naib Presiden Penerbitan.

Selain menerbitkan permainan, mereka juga ingin menawarkan lebih banyak permainan berdasarkan IP sendiri termasuk juga permainan AAA untuk generasi terkini dan menggunakan enjin seperti Unreal Engine 5.

Mereka buat masa ini mempunyai lima permainan yang sedang dikaji, antaranya adalah permainan AAA untuk konsol, permainan kasual dan juga permainan strategi masa nyata. Kita mungkin akan mendengar maklumat lanjut mengenai permainan-permainan ini di masa hadapan.

Sohor Kini