Omelet Gaming dan Play Interactive telah mengumumkan penawaran alat kawalan yang khusus untuk Nintendo Switch. Selain mempunyai rekaan yang unik dan selesa untuk dipegang ia juga dihias dengan LED yang mempunyai 8 pilihan warna yang boleh diprogramkan.

Alat kawalan ini menyokong sesi permainan secara berwayar dan juga tanpa wayar. Antara fungsi lain yagn disertakan adalah ‘turbo’, butang tambahan yang boleh ditetapkan, dwi-getaran yang boleh dibuah, dan juga sokongan kawalan secara gyro.

Alat kawalan ini ditawarkan dengan harga RM199, ia hadir dengan dua pilihan warna iaitu putih dan juga neon. Jika berminat anda boleh layari laman Shopee Omelet Gaming untuk maklumat lanjut dan juga pembelian.

Sohor Kini