Riot Games telah melancarkan penambahan terbaru untuk permainan kad digital mereka Legends of Runeterra iaitu A Curious Journey. Melalui penambahan ini, mereka menyertakan 48 kad baharu termasuk juga 4 Champions iaitu Gnar, Yuumi, Galio, dan Udyr.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Anda boleh lihat kesemua 48 kad baharu melalui pautan ini, di mana ia juga menyertakan mekanik baharu iaitu Attach, iaitu selain boleh dimainkan sebagai kad biasa, ia juga boleh diletak kepada kad sedia ada untuk memberi kelebihan tertentu.

Seterusnya adalah Formidable, iaitu kad yang mempunyai mekanik ini akan melakukan serangan berdasarkan nyawa dan bukan jumlah serangan. Namun, semasa bertahan ia masih lagi menggunakan jumlah serangan.

Legends of Runeterra sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android, anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Legends of Runeterra – Jawapan Riot Games Untuk Hearthstone.

Sohor Kini