Kejohanan Wild Rift Champions SEA Bakal Bermula 25 Februari Ini

Riot Games APAC telah melakukan pengumuman lanjut untuk musim sulung bagi Wild Rift Champions SEA (WCS), yang bakal bermula pada 25 Februari dan melibatkan enam rantau di Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

Enam liga kompetitif tempatan di Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Malaysia & Singapura, dan Taiwan & Hong Kong (dikenali sebagai WCS Masters), akan bermain selama lima minggu dalam musim biasa best-of-three double round robin.

Enam pasukan teratas akan mara ke Playoff WCS dan akan bermain dalam double-elimination playoff selama dua minggu dari 1 hingga 10 April. Pasukan yang menang dalam playoff akan mewakili rantau mereka dalam WCS Final, pertarungan akhir antara rantau yang akan menentukan pasukan terbaik di rantau ini. Keempat-empat pasukan ini kemudiannya akan layak ke Wild Rift Icons Global Championship yang berlangsung di Eropah pada suku ketiga tahun ini.

Senarai penuh pasukan yang mengambil bahagian ialah –

  • WCS Indonesia – MBR Gamma, BOOM Esports, Echo Fortius, Persis Esports, The Black Horse, Pasopati Esports, Papa Gaming, Cursed Moon
  • WCS Masters – ONE team, Flash Wolves, TQQ Esports, MESPORTS, QWQ, PVP, LFD, FTG
  • WCS Malaysia & Singapura – Sem9, Reach the Peak, Upcar Esports, Team Watermelon, TODAK, PathSeeker
  • WCS Filipina – Team Secret, FENNEL Adversity, LF Adoption, Rex Regum Qeon, Cerebrum Wildrift, Sunsparks, GrindSky Esports
  • WCS Thailand – EVOS Esports, Buriram United Esports, INVATE Esports, Lynxeno, Alchemy, Oxygen, Mercenary New Generation, Arctic Fox
  • WCS Vietnam – SBTC Esports, MDH Esports, Team Flash, Cerberus Esports, Saigon Phantom, Royal Palace Esport, AS Esports, The Legendary Ganker

Pasukan-pasukan yang selebihnya yang layak untuk WCS Filipina dan WCS Malaysia & Singapura akan diumumkan tidak lama lagi.

Anda boleh mengikuti kejohanan ini secara langsung melalui laman-laman sosial media untuk League of Legends: Wildrift.

Sohor Kini