Devolver Digital dan Sos Sosowski telah mengumumkan yang McPixel iaitu permainan tekaria yang dikeluarkan pada tahun 2012 akan menerima permainan susulan iaitu McPixel 3. Ia akan tiba sekitar tahun ini untuk PC dan juga platform-platform lain yang tidak diumumkan lagi.

Mereka mengatakan yang McPixel 3 akan menyertakan 100 tahap, 1500 barangan interaktif dan juga lebih 20 permainan-mini. Permainan baharu ini akan terus mengekalkan rekaan grafik secara pixel dan mengatakan akan terdapat lebih 200 juga pixel di dalam permainan ini.

Jika anda tertanya-tanya apa yang terjadi pada McPixel 2, mereka mengatakan akan menjawab persoalan tersebut tidak lama lagi. Jika berminat, anda juga boleh masukkan permainan ini ke senarai hajat di Steam.

Sohor Kini