Demo Babylon’s Fall Untuk PlayStation Akan Tiba 25 Februari

Square Enix telah mengumumkan yang mereka akan menyediakan demo secara percuma untuk permainan Babylon’s Fall di PlayStation 4 dan PlayStation 5. Melalui demo ini pemain berpeluang untuk bahagian awal dan juga sesi koperasi sehingga 4 pemain.

Secara keseluruhan ia akan memberikan berjam-jam penceritaan dan juga sesi multi-pemain tanpa had sebelum Babylon’s Fall dilancarkan secara rasmi pada 3 Mac 2022.

Babylon’s Fall dibangunkan oleh Platinum Games yang terkanl dengan permainan seperti Nier, Bayonetta dan juga Astral Chain. Ia akan dilancarkan pada 3 Mac 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga PC.

Sohor Kini