Peacemaker Akan Diteruskan Untuk Musim Kedua

Peacemaker adalah siri TV pertama DC dalam dunia DCEU, jika anda masih ingin percaya yang dunia filem DC ini masih wujud atau kukuh. Tetapi siri TV ini merupakan kisah sampingan kepada filem The Suicide Suqad yang juga merupakan sekuel memfokuskan Peacemaker lakonan John Cena.

Seperti filem The Suicide Squad, siri ini turut dicipta oleh James Gunn.

Disebabkan komedi dan keganasan yang ada dalam siri ini, ia menerima sambutan yang baik oleh orang ramai. James Gunn turut mengesahkan yang Peacemaker akan diteruskan untuk musim kedua. Seperti sebelum ini, musim kedua turut akan menjadi kandungan eksklusif HBO Max dan HBO Go Asia. Tiada butiran lain mengenai siri TV ini buat masa ini, tetapi kita boleh jangkakan yang ia mungkin akan menjadi lebih gila.

Baca: Ulasan Peacemaker – Mencari Keamanan Dalam Keadaan Yang Tertekan

Sohor Kini