Wizards of the Coast telah mengumumkan penganjuran pameran secara maya bersempena dengan pelancaran penambahan terbaru untuk Magic: The Gathering iaitu Kamigawa: Neon Dynasty – MTG Kamigawa: Neon Dynasty Dilancarkan 18 Februari Ini, Karya Oleh Artis-Artis Terkenal Jepun.

Pameran ini akan memperlihatkan karya-karya oleh 83 artis yang menghasilkan lukisan untuk kad-kad di dalam penambahan tersebut.

Pemain boleh mengunjungi pameran ini terus dari pelayar iaitu melalui pautan ini, dan juga dengan lebih mendalam secara realiti maya yang akan ditawarkan di beberapa pengedar rasmi MTG ataupun Wizards Play Network di Malaysia sehingga 24 Februari 2022.

Berikut adalah senarai kedai yang terlibat;

  • Classroom Cafeteria 2.0
  • Cards & Hobbies
  • Classroom Cafeteria, Damansara Utama
  • Invictus Forge

Selain melihat karya-karya ini, pengunjung juga boleh berjumpa dengan pemain-pemain lain secara maya dengan mengunjungi “Octagonal Pavilion” di dalam pameran tersebut. Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi poster yang akan ditanda tangani oleh Tetsuo Hara.

Sohor Kini