Mobile Legends Professional League (MPL) Musim Ke-8 sebagai antara kejohanan utama tempatan sudah semestinya kejohanan yang dinanti-nantikan oleh pemain yang mengikuti permainan Mobile Legends.

Penantian tersebut sudah hampir berakhir dengan ia akan dianjurkan bermula 18 Februari 2022 sehingga 10 April di EBN Esports City, Quill City Mall.

10 pasukan terbaik dari Malaysia untuk Mobile Legends akan bertempur bagi merebut hadiah terkumpul $100 ribu selain berpeluang untuk mewakili Malaysia ke kejohanan terbesar Mobile Legends iaitu M4 yang akan dianjurkan penghujung tahun ini.

Pasukan-pasukan yang terlibat adalah Team SMG, RSG MY, Todak, Orange Esports, Suhaz Esports, HomeBois, GeekFam, Red Esports, Caracal dan juga Team MAB yang mendapat slot selepas kontroversi yang melanda pasukan Mikey dan Homebois sebelum ini.

Anda juga boleh mengikuti kejohanan ini melalui penstriman yang akan dilakukan di laman-laman media sosial rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

Sohor Kini