SNK Corporation dan Koch Media hari ini telah melancarkan permainan baharu untuk siri permainan perlawanan mereka iaitu The King of Fighters XV. Versi kali ini menyertakan 39 watak berbeza, termasuk juga watak-watak baharu.

Mereka juga mengumumkan yang sepanjang tahun ini, 12 watak akan ditambah sebagai watak DLC; The King of Figthers XV Akan Menerima 12 Watak DLC Tahun Ini.

The King of Fighters XV menyertakan pertempuran berkumpulan 3 lawan 3, ia juga mempunyai mekanik baharu iaitu Shatter Striker yang membolehkan pemain untuk membalas serangan lawan. Terdapat juga mod Max dan mod Max (Quick).

Bagi mod dalam talian, ia mempunyai Ranked Match, Casual Match, Room Match dan Online Training, terdapat juga mod baharu iaitu Draft VS. Bagi mempertingkatkan kualiti sesi dalam talian, rollback netcode digunakan.

The King of Fighters XV dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini