Blizzard telah mengumumkan kejohanan esukan pertama untuk tahun ini bagi permainan Hearthstone untuk mod Battlegrounds. Kejohanan Lobby Legends: Raid Leaders ini akan bermula pada 2 April sehingga 3 April 2022.

Pusingan kelayakan melibatkan 48 pemain iaitu 16 pemain yang berada di kedudukan terbaik di Ladder untuk benua Amerika, Asia-Pasifik dan Eropah. Mereka akan bertempur secara luar talian pada 14 Mac.

12 pemain terbaik daripada pusingan kelayakan akan memasuki peringkat akhir di mana mereka akan disertai oleh 4 pemain dari China. 16 pemain ini akan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $50 ribu.

Penstriman langsung untuk kejohanan ini akan disiarkan di Youtube dan juga Twitch.

Sohor Kini