Capcom telah mengumumkan yang sementara pemain menantikan pelancaran penambahan utama untuk permainan Monster Hunter Rise iaitu Sunbreak, mereka hadir dengan set perisai, senjata dan Veteran’s Tailsman baharu untuk memberi lebih pilihan kepada pemain dan juga membantu pemain yang baru sahaja memulakan pengembaraan mereka.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Barangan baharu yang disertakan adalah set “Defender” untuk kesemua 14 jenis senjata, yang sangat membantu kepada pemain di awal permainan kerana mempunyai kuasa serangan yang tinggi. Ia juga boleh dipertingkatkan tahap untuk menjadi lebih baik.

Seterusnya adalah set perisai “Black Belt” ia mempunyai pertahanan yang tinggi, ia juga mempunyai beberapa kebolehan yang meningkatkan kuasa serangan, healing dan juga mengurangkan kesan roar. Ia juga boleh dijadikan sebagai perisai berlapis.

Kesemua barangan baharu ini akan dikeluarkan pada 24 Februari 2022 untuk PC dan Nintendo Switch.

Sohor Kini