Garena telah mengumumkan kembalinya kejohanan Free Fire yang akan melibatkan pemain dari tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Kemboja dan Filipina iaitu Free Fire MCP Majors buat musim ketiga.

Pendaftaran akan dibuka pada 18 Februari untuk semua pemain yang telah mencapai tahap 20 dan Platinum 1 untuk mod battle royale dan boleh dilakukan melalui permainan.

Setiap pemain yang berjaya mendaftar akan bertempur pada 20 Februari 2022 untuk pusingan kelayakan di dalam aplikasi. Pasukan yang terbaik, seterusnya akan menyertai pusingan kelayakan seterusnya yang akan juga disertai oleh pasukan-pasukan jemputan seperti Geek Fam dan Secret Xpert yang akan bertempur pada 26 sehingga 27 Februari 2022.

18 pasukan terbaik daripada pusingan kelayakan akan melayakkan diri ke pusingan League Circuit di mana mereka akan bertempur bermula pada 11 Mac sehingga 3 April untuk mendapatkan slot ke peringkat akhir menyertai pasukan Todak dan Blacklist International yang layak terus ke peringkat akhir sebagai juara untuk musim lepas.

Pasukan-pasukan terbaik di dalam kejohanan ini akan menjadi wakil untuk MCP ke kejohanan Free Fire World Series yang akan berlangsung pada bulan Mei 2022 selain merebut hadiah terkumpul sebanyak $70 ribu.

Sohor Kini