Horizon Zero Dawn Untuk PC Menerima Peningkatan Harga Lebih RM100

Horizon Zero Dawn adalah antara permainan terawal oleh PlayStation Studios yang turut dikeluarkan untuk PC, sebagai satu permainan yang sudah lama dikeluarkan ia ditawarkan dengan harga yang agak murah iaitu RM80 di Malaysia.

Namun, buat masa ini harga untuk permainan tersebut di Steam (dilaporkan oleh Lowyat) dan juga Epic Games Store, tampaknya meningkat kepada RM209 iaitu RM129 peningkatan harga. Buat masa ini tidak disahkan lagi adakah peningkatan harga ini disengajakan ataupun satu pepijat.

Dengan Epic Games Store turut menawarkan harga yang sama, sukar untuk mengatakan yang ia adalah pepijat, sebaliknya mereka mungkin tidak lagi menawarkan harga tempatan untuk permainan ini.

RM209 juga adalah harga untuk dua lagi permainan PlayStation Studios di PC yang lain iaitu Days Gone dan God of War.

Sohor Kini