EA dan Bioware akhirnya melancarkan penambahan terbaru untuk permainan MMORPG mereka iaitu Star Wars: The Old Republic iaitu Legacy of the Sith yang akan menyertakan penceritaan baharu, kebolehan untuk mengubah watak dan juga kemaskini yang lain.

Anda boleh tonton treler sinematik untuk penambahan ini dibawah, ia memperlihatkan watak baharu iaitu Jedi Padawan, Sa’har Kateen.

Penceritaan bagi penambahan ini adalah bagai pemain akan berusaha untuk menghalang daripada Darth Malgus melakukan rancangan jahatnya yang boleh kemusnahan untuk Jedi dan Sith. Selain itu, Legacy of the Sith juga akan membawa mod baharu iaitu misi 4 pemain ‘Flashpoint’.

Star Wars: The Old Republic sudah dikeluarkan untuk PC.

Sohor Kini