Dengan kita sudah menghampiri pelancaran untuk Horizon Forbidden West yang anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini, Lego dan PlayStation juga telah mengumumkan kerjasama untuk hadir dengan model Lego berdasarkan permainan tersebut.

Model ini akan memfokuskan kepada Tallneck iaitu salah satu binatang mesin yang terdapat di dalam permainan ini. Selain itu, Aloy mini juga disertakan bersama dengan pelbagai penghiasan lain. Anda boleh lihat rekaan melalui video di bawah.

Lego Horizon Forbidden West ini akan mula ditawarkan sekitar bulan Mei dengan harga $79.99 (~RM334), tidak disahkan lagi jika ia akan tiba di pasaran Malaysia.

Sohor Kini