eShop Untuk Wii U Dan Nintendo 3DS Ditutup Tahun Depan

Nintendo telah mengumumkan yang perkhidmatan eShop untuk platform lama mereka iaitu Wii U dan Nintendo 3DS akan ditutup sekitar akhir bulan Mac tahun depan.

Selain daripada itu, bermula pada 23 Mei 2022, pemain tidak lagi boleh menambah nilai ke dalam akaun menggunakan kad kredit, dan bermula pada 29 Ogos 2022 menggunakan kad tambah nilai.

Bagi pemilik kedua-dua konsol tersebut, mereka masih lagi boleh melakukan muat turun untuk permainan-permainan yang sudah dibeli akan tetapi tidak boleh melakukan pembelian baharu selepas tarikh tersebut.

Wii U pertama kali dikeluarkan pada tahun 2012 dan merupakan satu generasi konsol yang gagal untuk mereka apabila hanya terjual sebanyak 13 juta unit sahaja buat masa ini, manakala Nintendo 3DS yang dikeluarkan setahun lebih mempunyai jangka hidup yang baik dan telah terjual sebanyak 75 juta unit.

Sohor Kini