Ubisoft telah mengumumkan kerjasama bersama dengan Hasbro untuk menyertakan dua watak daripada siri G.I Joe ke dalam permainan Brawlhalla. Dua watak tersebut adalah Snake Eyes dan Storm Shadow yang akan tiba pada 23 Februari ini.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Bersama dengan kehadiran mereka, mod permainan baharu juga akan disertakan iaitu The Arashikage Showdown iaitu sesi permainan empat pemain di mana pemain akan dihalang dengan pelbagai perangkap dan halangan.

Selain itu, mereka juga mengumumkan pelbagai kandungan tambahan lain akan disertakan bersempena dengan kerjasama ini, ia akan diumumkan apabila menghampiri tarikh pelancaran.

Brawlhalla sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini