Netflix hari ini umum kerjasama dengan pihak 2K dan juga Take Two Interactive, dan mengatakan akan menghasilkan filem adaptasi untuk permainan video popular, BioShock.

BioShock merupakan permainan berbentuk tembak-menembak, mengambil konsep futuristik. Dengan langkah ini, ia dilihat 2K dan Take Two ingin membawa dunia BioShock menjadi lebih besar dan popular lagi berbanding hari ini.

Buat masa ini, tiada lagi maklumat seperti pelakon dan juga tarikh tayangan untuk filem berkenaan diumumkan.

Sohor Kini