CD Projekt Red hari ini telah melakukan penstriman untuk berkongsi mengenai kemaskini yang akan tiba bagi permainan Cyberpunk 2077 mereka. Setelah sekian lama tidak menerima kemaskini, mereka mengatakan yang versi khusus untuk konsol generasi terkini iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series akan tiba bermula hari ini secara percuma.

Mereka juga berkongsi video Cyberpunk 2077 dimainkan di PlayStation 5 dan juga Xbox Series X yang anda boleh tonton di bawah.

Berikut adalah prestasi permainan yang boleh dijangkakan daripada versi konsol generasi terkini, ia menyertakan dua pilihan iaitu Performance dan Ray Tracing untuk PS5 serta Xbox Series X, dan satu pilihan sahaja untuk Xbox Series S.

Selain itu, mereka juga mengumumkan beberapa penambahan baharu yang akan tiba untuk semua platform seperti senjata baharu, membolehkan pemain membeli Apartment tambahan, mengubah penampilan secara terus melalui cermin dan juga pengimbangan untuk bentuk permainan, ekonomi dan sistem loot.

Cyberpunk 2077 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami untuk versi PC di pautan ini; Ulasan Cyberpunk 2077 – Mangsa Cita-Cita Sendiri.

Sohor Kini