Ravenscourt and DigixArt telah mengumumkan yang permainan pengembaraan mereka iaitu Road 96 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada bulan April ini. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Di dalam Road 96 pemain akan cuba untuk keluar dari negara Petria yang diperintah oleh seorang diktator dan menghampiri kemusnahan. Pemain perlu menumpang kenderaan lain untuk pengembaraan dan akan berjumpa dengan pelbagai watak menarik yang mempunyai penceritaan sendiri.

Pemain juga akan berjumpa dengan pelbagai halangan di dunia yang akan dicipta secara rawak untuk memberi pengalaman berbeza kepada setiap pemain. Pilihan pemain juga akan menentukan apa yang akan berlaku di dalam Road 96.

Road 96 sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch dan juga PC melalui Steam, GOG dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini