Epic Games tampaknya akan menyertakan dua watak dari permainan Uncharted iaitu Nathan Drake dan Chloe Frazer ke dalam Fortnite. Menariknya lagi, ia akan menyertakan rekaan kedua-dua watak daripada permainan video dan juga filem yang akan disiarkan pada 17 Februari ini.

Buat masa ini, Epic Games masih tidak melakukan pengumuman rasmi akan tetapi berdasarkan video yang dimuat naik oleh channel rasmi Fortnite, kostum-kostum ini akan disertakan bermula pada 18 Februari 2022.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk Android tetapi bukan melalui Play Store.

Sohor Kini