Pada akhir tahun lepas, Blizzard telah melancarkan penambahan baharu untuk Hearthstone iaitu Fractured in Alterac Valley, seperti yang ditawarkan sebelum ini, mereka juga telah mengumumkan penambahan mini untuknya yang akan menyertakan 35 kad baharu.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Kad-kad ini boleh didapatkan melalui pek Fractured in the Alteract Valley ataupun boleh dibeli secara terus yang menyertakan 66 kad (1 kad Legendary dan 2 kad untuk kad-kad lain) dengan harga $14.99 ataupun 2000 coins.

Anda juga boleh lihat kesemua kad baru yang ditawarkan melalui pautan ini.

Hearthstone sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini