Steam telah mengumumkan yang Steam Next Fest seterusnya akan bermula pada 22 Februari sehingga 1 Mac 2022.

Steam Next Fest adalah acara di mana mereka akan menawarkan ratusan demo permainan secara percuma untuk dicuba oleh pemain. Ini termasuk juga permainan-permainan yang sedang dibangunkan dan tidak mempunyai tarikh pelancaran.

Anda boleh tonton video rasmi untuk acara ini di bawah.

Selain memberikan peluang untuk mencuba ratusan demo, pemain juga boleh mengikuti penstriman langsung yang akan memperlihatkan bentuk permainan dan juga temu bual bersama dengan pembangun-pembangun permainan.

Anda boleh layari laman ini untuk maklumat lanjut mengenai Steam Next Fest dan juga melihat permainan-permainan yang ditawarkan bermula pada 22 Februari ini.

Sohor Kini