EA dan Maxis telah mengumumkan Game Pack baharu yang akan dikeluarkan untuk The Sims 4 iaitu My Wedding Stories yang akan menyertakan pelbagai kandungan memfokuskan kepada majlis perkahwinan. Game pack ini akan dikeluarkan pada 18 Februari 2022.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Seperti Game Pack sebelum-sebelum ini, ia akan menambahkan pelbagai barangan yang boleh digunakan oleh pemain semasa bermain The Sims 4 dan kali ini ia memfokuskan kepada kandungan berdasarkan perkahwinan.

The Sims 4 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini