Square Enix akhirnya mengesahkan yang permainan terakhir yang akan tiba untuk koleksi Final Fantasy Pixel Remaster iaitu Final Fantasy VI akan dikeluarkan pada 23 Februari 2022 menyertai lima permainan Final Fantasy yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Seperti diumumkan sebelum ini, berikut adalah ganjaran yang boleh didapatkan oleh pemain yang melakukan pra-tempahan iaitu muzik runut;

  • Locke’s Theme (Timelapse Remix)
  • The Decisive Battle (Timelapse Remix)
  • Terra’s Theme (Timelapse Remix)
  • Searching for Friends (Timelapse Remix)
  • Aria di Mezzo Carattere (Instrumental)

Ia juga akan menyertakan wallpaper dari permainan Final Fantasy 1 sehingga Final Fantasy 6.

Koleksi Pixel Remaster ini sudah dikeluarkan untuk PC melalui Steam dan juga iOS serta Android. Ia boleh dibeli secara berasingan ataupun sebagai satu berkas dengan lebih penjimatan.

Sohor Kini