India Mengharamkan Garena Free Fire

India sebelum ini telah sedia mengharamkan beberapa aplikasi yang berasal dari China, termasuk PUBG Mobile. Terbaru, kerajaan India turut menambah beberapa aplikasi baru dibawah senarai yang diharamkan termasuk Garena Free Fire.

Dengan pengharaman terbaru ini, India telah mengharamkan lebih 200 aplikasi yang mempunyai ikatan dengan negara China. Seperti ramai sedia maklum, Garena merupakan anak syarikat SEA, dan turut mempunyai pegangan Tencent.

Ia dikatakan langkah pengharaman ini turut mengejutkan pihak Garena Free Fire di India – disebabkan mereka sedia dalam perancangan melakukan kejohanan dan pembangunan komuniti di sana.

Buat masa ini, Apple dan Google telah mengikut permintaan kerajaan India, dan membuang aplikasi berkaitan.

Sohor Kini