Apex Legends baru sahaja memasuki musim baharu untuknya iaitu Defiance, bermula pada 15 Februari ini, Respawn juga telah mengumumkan yang acara masa terhad iaitu Anniversary akan dianjurkan sehingga 1 Mac bersempena dengan ulang tahun ketiga permainan battle royale ini.

Melaluinya, akan disertakan Reward Tracker baharu yang menyertakan 12 kostum untuk senjata dan juga Legends iaitu Octane Wraith. Selain itu, mereka juga memperkenalkan kualiti kostum yang baharu iaitu Prestige. Kostum di bawah kualiti ini akan mempunyai tiga tahap yang boleh ditingkatkan dengan melakukan pelbagai cabaran. Kostum pertama adalah untuk Bloodhound.

Pemain juga boleh dapatkan lebih 24 kostum khas yang akan ditawarkan buat masa terhad, ia boleh didapati melalui kotak tikam ataupun dengan menukar secara terus.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang tetapi versi khusus akan tiba tidak lama lagi. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini