EA dan Hazelight telah mengumumkan yang permainan pengembaraan koperasi mereka It Takes Two telah terjual sebanyak 5 juta unit sejak dilancarkan kurang setahun yang lepas. Ini merupakan peningkatan sebanyak 3 juta unit berbanding pengumuman sebelum ini di mana mereka mencatat jualan sebanyak 2 juta unit selepas 2 bulan dikeluarkan.

It Takes Two boleh dikatakan sebagai satu kejayaan yang besar untuk Hazelight, dengan ia juga telah menerima penghargaan di dalam industri termasuk juga memenangi Anugerah Permainan Terbaik Tahun Ini ketika The Game Awards 2021.

Seperti diumumkan sebelum ini, It Takes Two juga bakal menerima adaptasi filem dan juga siri TV yang akan diterbitkan oleh dj2 Entertainment, iaitu penerbit untuk pelbagai filem animasi seperti Sonic the Hedgehog.

It Takes Two sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini