Kita masih di awal tahun 2022 dan seperti tahun 2021 dimulakan dengan pelbagai kematian yang mengejutkan. Pagi ini Ivan Reitman, pengarah dan penerbit terkemuka filem Ghostbusters, Evolution, Up In The Air, Animal House, dan Stripes telah meninggal dunia pada usia 75 tahun ketika sedang tidur menurut ahli keluarga beliau.

Sebagai pengarah beliau terlibat dengan filem kultus klasik Ghostbuster dan kerap menggunakan Bill Murray sebagai pelakon utama. Filem-filem yang diarahkan dan diterbitkan oleh Reitman kebanyakannya adalah dari genre komedi seperti Eurotrip dan Old School. Beliau masih mempunyai dua projek dalam proses pra-penerbitan menurut IMDb tetapi kini tidak pasti akan diteruskan ataupun tidak.

Sebagai “bapa” Ghostbusters, beliau telah menyerahkan masa depan siri ini kepada anak beliau Jason Reitman yang mengarahkan Ghostbusters: Afterlife.

Sohor Kini