Pemain sudah tentunya sedang menantikan pelancaran untuk Horizon Forbidden West iaitu permainan susulan untuk Horizon Zero Dawn yang dikeluarkan lebih 5 tahun lepas. Namun, sebelum pelancaran tersebut, PlayStation telah mengumumkan yang Horizon Zero Dawn telah terjual sebanyak 20 juta unit.

Jumlah tersebut adalah termasuk juga versi PC yang dikeluarkan pada tahun lepas, anda boleh baca ulasan kami untuknya melalui pautan ini; Ulasan Mini – Horizon Zero Dawn Untuk PC.

Selain jumlah terjual, PlayStation juga mengatakan yang pemain telah meluangkan lebih 1 bilion jam bermain, dengan ia adalah permainan dunia terbuka, jumlah tersebut sudah semestinya tidak mengejutkan.

Horizon Forbidden West akan dilancarkan pada 18 Februari 2022 untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 dan anda boleh baca lanjut mengenai sesi pra-tempahan di pautan ini.

Sohor Kini