Beberapa minggu lalu kami ada melaporkan bahawa TGV Cinemas telah mengacahkan tayangan filem anime Jujutsu Kaisen 0 tidak lama lagi.

Terkini, mereka telahpun mengumumkan secara rasmi bahawa filem tersebut akan ditayangkan bermula 10 Mac ini.

Filem Jujutsu Kaisen 0 merupakan filem prekuel kepada siri anime Jujutsu Kaisen yang memperlihatkan watak Okkotsu Yuta sebagai watak utamanya, bersama-sama para pelajar tahun kedua Tokyo Metropolitan Curse Technical College dan Gojo Satoru sebagai gurunya.

Sohor Kini