Pada hari Rabu lepas, Moonton telah mengumumkan yang mereka sedang melakukan siasatan mengenai masalah profesionalisme dan integriti beberapa pemain yang terlibat dengan kejohanan Mobile Legends Professional League.

Hari ini, Moonton telah mengumumkan keputusan siasatan dan mendapati dua pasukan iaitu Mikey dan Homebois didapati melakukan kesalahan ketika pusingan kelayakan di antara Mikey dan MAB Esports dan berikut adalah kesalahan-kesalahan yang dinyatakan;

  • Pemain Mikey iaitu Muhammad “Squpoz” Zafri, Muhammad “Flint” Azim, Sufyan “Pyan” Nurhidayat dan Boy “Ombong” Salica di dapati telah menerima arahan daripada Avaa ketika perlawanan kelayakan. Keempat-empat mereka diharamkan dari menyertai MPL MY Musim 9.
  • Tuan Azrin “Avaaa” Izzudin dari pasukan Mikey didapati bersalah menerima arahan daripada Ijat iaitu dari pasukan Homebois. Avaa diharamkan dari terlibat dengan apa-apa kejohanan Mobile Legends selama dua tahun.
  • Muhammad “Ijat” Aizat dari Homebois di dapati bersalah memberi arahan dan tunjuk ajar kepada Avaaa semasa perlawanan Mikey. Ijat diharamkan dari menyertai MPL MY Musim 9 dan MPL MY Musim ke-10.
  • Mikey sebagai organisasi didapati bersalah menerima tunjuk ajar semasa perlawanan kelayakan dan diharamkan selama-lamanya dari menyertai sebarang kejohanan Mobile Legends.
  • HomeBois sebagai organisasi didapati bersalah kerana tidak mengawal tingkah laku pemain akan dipotong markah untuk 2 minggu perlawanan.

Dengan kesalahan ini, slot Axis Esports ke MPLMY S9 yang diberikan oleh Mikey sebelum ini dibatalkan dan pusingan kelayakan di antara Team Lemah dan MAB Esports akan dilakukan pada 13 Februari 2022 untuk mengisi slot tersebut.

Sohor Kini