Skip to main content

Warner Bros dan NetEase hari ini telah mengumumkan yang Harry Potter: Magic Awakened iaitu permainan kad digital berdasarkan dunia Harry Potter yang turut menyertakan elemen MMO dan RPG akan dikeluarkan secara global pada tahun ini.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi pelajar di Hogwarts dan akan belajar pelbagai sihir yang boleh digunakan di dalam bentuk kad. Selain itu, pemain juga boleh mengembara dan berjumpa dengan pelbagai watak yang mempunyai penceritaan tersendiri.

Permainan ini sudah dikeluarkan di China dan antara permainan dengan kutipan tertinggi dengan menjana lebih $500 juta pada tahun lepas. Ia akan dikeluarkan untuk iOS dan Android dan anda boleh melakukan pendaftaran minat melalui pautan ini.

Leave a Reply