Nintendo ketika Nintendo Direct yang berlangsung pada mingg ini telah mengumumkan kembalinya permainan bertemakan sukan mereka iaitu Nintendo Switch Sports. Ia akan dikeluarkan pada 29 April 2022 untuk Nintendo Switch.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Semasa pelancaran ia akan menyertakan 6 sukan berbeza iaitu Tenis, Chambara, Boling, Bola Sepak, Badminton dan Bola Tampal. Ia boleh dimainkan secara solo, multi-pemain setempat ataupun dalam talian.

Kawalan adalah menggunakan pergerakan joy-con, manakala sukan bola sepak juga mempunyai mod shoot-out yang boleh menggunakan strap di peha yang disertakan bersama versi fizikal untuk permainan ini. Kemaskini akan tiba untuk membolehkan strap tersebut juga boleh digunakan di dalam perlawanan bola sepak biasa.

Mereka juga mengumumkan yang kemaskini akan tiba sekitar akhir tahun ini yang akan menyertakan Golf sebagai permainan tambahan.

Sohor Kini