Fire Emblem: Three Houses merupakan permainan terbaru untuk siri ini yang dikeluarkan pada tahun 2019, ketika Nintendo Direct yang berlangsung minggu ini, Nintendo telah mengumumkan permainan baharu berdasarkan siri tersebut tetapi ia adalah permainan aksi musou berbanding permainan strategi iaitu Fire Emblem Warriors: Three Hopes.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melalui permainan ini, pemain boleh bermain sebagai Byleth, Edelgard, Dimitri, dan Claude serta ramai lagi watak dari siri asal. Nintendo mengatakan yang ia akan berlaku di dunia yang sama dengan Three Houses akan tetapi dengan penceritaan baharu.

Fire Emblem Warriors: Three Hopes akan dikeluarkan pada 24 Jun 2022 untuk Nintendo Switch dan anda boleh mula melakukan pra-tempahan di Nintendo eShop.

Sohor Kini