Uniqlo hari ini telah mengumumkan koleksi tshirt dan juga barangan dengan kerjasama bersama dengan studio animasi terkemuka dari Jepun iaitu Studio Ghibli. Kerjasama ini adalah bersempena dengan pameran “My Style, My Ghibli” yang akan berlangsung di CentralWorld di Thailand.
Studio Ghibli telah hadir dengan pelbagai filem animas popular seperti Grave of the Fireflies, Princess Mononoke, Spirited Away dan Howl’s Moving Castle. Namun, kolaborasi ini memfokuskan kepada My Neighbor Totoro.
Ia akan menawarkan 6 rekaan Tshirt untuk dewasa dan 6 rekaan untuk kanak-kanak yang masing-masing ditawarkan dengan harga RM79.90 dan RM59.90 yang akan ditawarkan bermula pada 18 Februari 2022. Bersama dengan pembelian ini, pembeli juga akan menerima beg Tote berwarna putih atau kuning.
Berikut adalah beberapa rekaan yang akan tiba, dan anda boleh lihat rekaan lain melalui pautan ini.