Garena telah mengumumkan yang permainan battle royale mereka Free Fire akan menerima mod baharu iaitu Pet Ludo yang akan menggunakan empat pet di dalam permainan ini iaitu Mr. Waggor, Moony, Sensei Tig dan Ottero. Ia akan menyertakan mod berlainan dengan mod permainan Ludo biasa.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang kumpulan muzik Beatz juga akan hadir dengan lagu baharu khusus untuk pemain tempatan iaitu ‘Penuh Kuasa’. Anda boleh tonton video acah untuk lagu tersebut di bawah. Video muzik penuh akan tiba esok dan lagu penuh sudah boleh didengar melalui Spotify.

Meneruskan lagi acara untuk Beatz, Garena juga hadir dengan acara melalui pelayar iaitu Boom Boom Beatz Web Event yang akan berlangsung sehingga 20 Februari. Selesaikan empat tahap, pemain boleh mendapat pelbagai ganjaran termasuk juga menghasilkan lagu sendiri yang boleh dikongsi untuk berpeluang mendapatkan Brassy Core Gloo Wall Skin.

Memeriahkan lagi sambutan untuk Beatz ini, Free Fire juga hadir dengan pelbagai barangan kosmetik khas yang pemain boleh dapatkan bermula sekarang sehingga 20 Februari. Pemain yang log masuk pada 12 Februari juga akan menerima beg secara percuma.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini