Nintendo ketika Nintendo Direct yang belangsung pada pagi hari ini telah mengumumkan kembalinya satu siri popular suatu ketika dahulu iaitu Mario Strikers melalui Mario Strikers: Battle League yang akan dikeluarkan pada 10 Jun 2022 untuk Nintendo Switch.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Mario Strikers merupakan permainan bola sepak 5 lawan 5, ia pertama kali dikeluarkan pada 2005 untuk GameCube dan Mario Strikers Charged pada tahun 2007 untuk Wii.

Mario Strikers Battle League akan menyertakan mod dalam talian dan luar talian, pemain boleh bermain sehingga 8 pemain secara setempat menggunakan satu konsol, selain itu pemain juga boleh bermain secara dalam talian termasuk juga membentuk kelab serta menyertai kelab-kelab lain.

Selain perkara asas untuk bola sepak iaitu cuba menjaringkan gol, Mario Strikers Battle League juga menyertakan pelbagai power-up termasuk juga satu serangan khas iaitu Hyper Strike, yang jika berjaya dilakukan akan menjaringkan dua gol berbanding satu.

Sohor Kini