Kebanyakan permainan oleh Valve adalah memfokuskan PC, tidak mengejutkan kerana mereka juga merupakan pemilik gedung terbesar untuk permainan digital PC. Namun, mereka ada mengeluarkan beberapa permainan untuk konsol dan antaranya adalah Portal.

Portal iaitu permainan pengembaraan tekaria dikeluarkan serentak untuk PC dan juga konsol iaitu Portal pada tahun 2007 dan Portal 2 pada tahun 2011. Boleh dikatakan sebagai satu kejutan, ketika Nintendo Direct pagi ini, mereka juga telah mengumumkan yang Portal: Companion Collection akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch.

Portal: Companion Collection akan menyertakan kedua-dua permainan termasuk juga kandungan tambahan lain, ia juga akan menjadi permainan pertama terbitan Valve yang akan dikeluarkan untuk konsol hibrid Nintendo.

Portal: Companion Collection akan dikeluarkan sekitar tahun ini dan ia dibangunkan oleh Nvidia Lightspeed Studios iaitu studio yang sering membawa permainan ke platform mudah alih.

Sohor Kini