Mario Kart 8 Deluxe adalah permainan terlaris untuk Nintendo Switch, setakat Disember tahun lepas, ia telah terjual sebanyak 43.35 juta unit, dan terus terjual dengan jumlah yang tinggi setiap bulan. Oleh itu tidak mengejutkan apabila Nintendo mengumumkan kandungan tambahan untuknya.

Ketika Nintendo Direct yang berlangsung pagi ini, mereka telah mengumumkan Booster Course Pass untuk permainan kart tersebut. Melaluinya, 48 litar baharu termasuk juga litar yang di bawa semula daripada siri lepas akan disertakan di dalam Mario Kart 8 Deluxe.

48 litar ini akan dilancarkan secara berperingkat iaitu 8 litar untuk setiap Wave. Wave pertama akan dikeluarkan pada 18 Mac 2022, manakala Wave terakhir ataupun keenam akan dilancarkan sekitar akhir tahun 2023.

Mario Kart 8 Deluxe Booster Course Pass ini adalah percuma untuk pelanggan Nintendo Switch Online + Expansion Pack atau ia juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga $24.99 (~RM104).

Sohor Kini