Samsung hari ini telah mengumumkan generasi baharu untuk model telefon mercu Galaxy S mereka. Tiga telefon pintar yang diumumkan adalah Galaxy S22 Ultra, Galaxy S22+ dan Galaxy S22.

Samsung Galaxy S22 Ultra

Samsung Galaxy S22 Ultra hadir dengan skrin bersaiz 6.8″ yang menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X. Ia menggunakan resolusi QHD+ dengar sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz. Melalui mod permainan video, ia juga akan menyokong Touch Sampling sehingga 240Hz. Membawa fungsi dari model Galaxy Note yang telah dihentikan, Galaxy S22 Ultra juga menyokong S-Pen dan hadir bersama dengan peranti.

Bagi pemprosesan pula, ia menggunakan cip terbaru oleh Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1 dengan sokongan 5G. Kapasiti bateri pula adalah 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 45W secara berwayar, dan 15W nirwayar.

Bagi pilihan RAM dan storan pula bersama dengan harga, ia hadir dengan tiga pilihan iaitu 12GB RAM + 512GB Storan dengan harga RM5,899, 12GB RAM + 256GB Storan dengan harga RM5,499 dan 8GB RAM + 128GB Storan dengan harga RM5,099. Untuk pilihan warna, Phantom White, Phantom Black, Green dan Burgundy.

Samsung Galaxy S22+

Samsung Galaxy S22+ mempunyai skrin bersaiz 6.6″ dengan resolusi FHD+, ia menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz. Dengan menggunakan mod permainan video, ia akan menyokong Touch Sampling sehingga 240Hz.

Bagi pemprosesan pula, ia menggunakan cip terbaru oleh Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1 dengan sokongan 5G. Kapasiti bateri pula adalah 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 45W secara berwayar, dan 15W nirwayar.

Bagi pilihan RAM dan storan serta harga, ia mempunyai dua pilihan iaitu 8GB RAM + 256GB Storan dengan harga RM4,299 dan 8GB RAM + 128GB storan dengan harga RM4,099. Ia hadir dengan empat pilihan warna iaitu Phantom White, Phantom Black, Pink Gold dan Green.

Samsung Galaxy S22

Samsung Galaxy S22 mempunyai skrin bersaiz 6.1″ dengan resolusi FHD+, ia menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz. Dengan menggunakan mod permainan video, ia akan menyokong Touch Sampling sehingga 240Hz.

Bagi pemprosesan pula, ia menggunakan cip terbaru oleh Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1 dengan sokongan 5G. Kapasiti bateri pula adalah 3700mAh dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 25W secara berwayar, dan 15W nirwayar.

Bagi pilihan RAM dan storan serta harga, ia mempunyai dua pilihan iaitu 8GB RAM + 256GB Storan dengan harga RM3,699 dan 8GB RAM + 128GB storan dengan harga RM3,499. Ia hadir dengan empat pilihan warna iaitu Phantom White, Phantom Black, Pink Gold dan Green.

Tarikh Pelancaran

Ketiga-tiga model untuk Samsung Galaxy S22 ini akan mula ditawarkan pada 10 Februari 2022 ini di telco-telco ataupun secara terus melalui Samsung melalui dalam talian samsung.com/my ataupun pengedar-pengedar rasmi mereka.

Sohor Kini