Moonton hari ini telah mengumumkan yang mereka sedang melakukan siasatan mengenai masalah profesionalisme dan integriti untuk beberapa pemain yang terlibat dengan kejohanan Mobile Legend Professional League (MPL).

Mereka tidak berkongsi lanjut mengenai siasatan ini, dan sekadar mengatakan yang maklumat lanjut termasuk hasil siasatan akan diumumkan esok. Mereka juga menegaskan yang profesionalisme dan integriti adalah sesuatu yang diambil berat.

Walaupun mereka tidak menyatakan maklumat lanjut mengenai siasatan ini, akan tetapi berdasarkan desas-desus yang dipercakapkan di media sosial, ia berkaitan dengan pemain telibat dengan aktiviti ‘joki’ iaitu bermain akaun pemain lain untuk mendapat rank yang lebih tinggi.

Apa pun kita sama-sama nantikan pengumuman rasmi esok.

Sohor Kini